Bangsa arab merupakan bangsa yang memilki nilai sastra yang
tinggi. Di zaman Arab kuno setiap tahunnya diadakan pasar seni dimana mereka
berkumbul dan membanggakan syair-syair yang ada diantara mereka. Salah satu
pasar seni yang terkenal adalah ‘Ukadz yang diadakan pada bulan Syawal. Awalnya
bahasa Arab amat terjaga sampai islam menyebar luas ke negeri-negeri ‘ajam
(bukan Arab). Dari sinilah mulai timbul kesalahan dalam melafadzkan bahasa
arab. Penyebab utamanya adalah adanya percampuran antara bahasa arab dengan
'ajam. Kekeliruan ini sangat berbahaya karena boleh merusak makna ayat Al
Quran. Sehingga Akhirnya kaidah-kaidah bahasa arab disusun dan diberi nama
nahwu. Para ulama hampir bersepakat bahwa penyusun ilmu nahwu pertama adalah
Abul Aswad Ad Dualy (67 H) dari Bani Kinaanah atas dasar perintah Amirul
Mu’minin Khalifah ‘Ali Rhadiyallahu ‘anhu.
١- التحفة السنية بشرح المقدمة الأجرومية
– شيخ محمد محي الدين عبد الحميد
– ص : ٦ واضعه – والمشهور أن أول واضع لعلم النحو هو أبو
أسود الدوليُّ ، بأمر أمير المؤمنين عليّ بن أبي طالب رضي الله تعالى عنهما !. ٢-
الكواكب الدرية على متمّة الأجروميّة- الشيخ محمد بن
أحمد بن عبد الباري الأهدَل ص:٢٥ – دار الكتب العلمية. وسبب تسمية هذا العلم بالنحو ما روي أن
عليًا رضي الله عنه لما أشار على أبي الأسود الدولي أن يضعه قال له بعد أن علمه
الاسم والفعل والحرف : الاسم ما أنبأ عن المسمى ، والفعل ما أنبأ عن حركة المسمى ،
والحرف ما أنبأ عن معنى في غيره والرفع للفاعل وما اشتبه به والنصب للمفعول وما
حمل عليه والجر للمضاف وما يناسبه انح هذا النحو يا أبا الأسود فسمي بذلك تبركاً بلفظ
الواضع له
Sejarah munculnya Ilmu Nahwu ini pada ketika zaman Abul
Aswad Ad-Dauli datang kerumah puterinya di tanah Basroh, (pada masa sekarang
sebuah negeri di negara Iraq). Pada saat itu puterinya mengatakan يَا أَبَتِ مَا اَشَدُّ الْحَرِّ, dengan membaca Rofa’ pada lafadz اَشَدُّ dan membaca jar pada lafazh الْحَرّ ,
yang menurut bahasa yang benar مَا nya dilakukan sebagai Istifham yang
artinya: “Wahai Ayahku ! Kenapa sangat panas? Dengan spontan Abul Aswad
menjawap شَهْرُنَا هَذَا (Wahai Puteriku, bulannya memamg musim panas). Mendengar
jawapan Ayahnya, puterinya langsung berkata : “Wahai Ayah, saya tidak bertanya
kepadamu tentang panasnya bulan ini, tetapi saya memberi khabar kepadamu atas
kekagumanku pada panasnya bulan ini (yang semestinya jika dikehendaki Ta’ajub
diucapkan مَا اَشَدَّ الْحَرَّ , dengan membaca fathah pada اَشَدَّ dan membaca Nashob الْحَرَّ ). Sejak
kejadian itu, Abul Aswad lalu datang kepada sahabat, Amirul Mu’minin Khalifah
‘Ali, Seraya berkata “ Wahai Amirul Mukminin, bahasa kita telah tercampur
dengan yang lain”, sambil menceritakan kejadian antara dia dan puterinya, maka
buatlah saya sebuah ilmu, kemudian Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali membacakan: اَلْكَلاَمُ كُلُّهُ لاَيَخْرُجُ عَنِ اسْمٍ وَفِعْلٍ وَحَرْفٍ
الخ عَلَى هَذَا النَّحْوِ “Kalam
itu tidak boleh lepas dari kalimat Isim, Fi’il, dan Huruf, dan teruskanlah
untuk sesamanya ini”. Kemudian Abul Aswad Ad-Dauli mengarang bab Istifham dan
Ta’jjub, dan Di kisahkan pula dari Abul Aswad Ad-Duali, ketika ia melewati
seseorang yang sedang membaca al-Qur’an, ia mendengar sang qari membaca surat
At-Taubah ayat 3 dengan ucapan : إِنَّ اللهَ بَرِيْءٌ
مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ وَرَسُوْلِهِ Dengan mengkasrahkan huruf lam pada
kata rasuulihi yang seharusnya di dhommah. Menjadikan artinya “…Sesungguhnya
Allah berlepas diri dari orang-orang musyrik dan rasulnya..” Hal ini
menyebabkan arti dari kalimat tersebut menjadi rosak dan menyesatkan.
Seharusnya kalimat tersebut adalah, إِنَّ اللهَ
بَرِيْءٌ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ وَرَسُوْلُهُ “Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang-orang
musyrikin.” Kerana mendengar perkataan ini, Abul Aswad Ad-Duali menjadi
ketakutan, ia takut keindahan Bahasa Arab menjadi rosak dan gagahnya Bahasa
Arab ini menjadi hilang, padahal hal tersebut terjadi di awal mula daulah
Islam. Lalu beliau mengarang bab Athof dan Na’at, yang pada setiap karangan
selalu dihaturnya pada Amirul Mu’minin Khalifah ‘Ali sehingga sampai mencukupi
ilmu Nahwu yang mencukupi. Dengan melihat cerita tersebut maka pengarang ilmu
Nahwu pada haqiqotnya adalah Khalifah Saidina ‘Ali, yanag melaksanaakannya
adalah Abul Aswad Ad-Dauli. Pada pekembnagan selanjutnya, banyak orang yang
menimba ilmu dari Abul Aswad, diantaranya Maimun Al-Aqron, kemudian generasinya
Abu Amr bin Ala’, kemudian generasinya Imam al Kholil al Farahidi al Bashri
(peletak ilmu arudh dan penulis mu’jam pertama), kemudian generasinya Imam
Sibaweh dan Imam Al-Kisa’I (pakar ilmu nahwu, dan menjadi rujukan dalam kaidah
Bahasa Arab). Seiring dengan berjalannya waktu, kaidah Bahasa Arab berpecah
belah menjadi dua mazhab, yakni mazhab Basrah dan Kuufi (padahal kedua-duanya
bukan termasuk daerah Jazirah Arab). Kedua mazhab ini tidak henti-hentinya
tersebar sampai akhirnya mereka membaguskan pembukuan ilmu nahwu sampai kepada
kita sekarang.
No comments:
Post a Comment